Majlis Pelancaran Ruang SDGs Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya

Majlis Pelancaran telah disempurnakan olehYBhg. Dato' Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, SUB Bahagian PerancanganStrategik dan Antarabangsa, KPKT

Published: 

June 20, 2024

Location

Putrajaya

Date

May 9
 - 
 
2024
Register

Majlis Pelancaran Ruang SDGs Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya

Majlis Pelancaran telah disempurnakan olehYBhg. Dato' Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, SUB Bahagian PerancanganStrategik dan Antarabangsa, KPKT

Majlis Pelancaran Ruang SDGs Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya

Buat julung kalinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Ruang SDGs dan Mural baharu berasaskan ‘board game’ di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya. Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh agensi KPKT iaitu URBANICE Malaysia dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PRIMA).

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, SUB Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, KPKT dan YBrs. Tuan Haji Mohd Amin bin Haji Hamzah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya.

Ruang SDGs ini akan menjadi tempat di mana pelajar dapat berkumpul dan mengadakan aktiviti Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang ditetapkan seperti pameran, ‘pocket talk’, dan aktiviti lain yang akan membantu meningkatkan pemahaman dari masa ke semasa tentang cabaran-cabaran yang dunia hadapi sekarang seperti isu perubahan iklim dan pemanasan bumi, bencana, krisis kemanusiaan serta kehilangan biodiversiti.

Pada majlis ini juga URBANICE Malaysia turut menyampaikan taklimat ringkas SDGs oleh YBrs. Dr Azmizam bin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekitif dan menjalankan aktiviti SDGs bersama sebahagian pelajar tahun 5. Aktiviti awalan ini telah direkodkan tentang pemahaman SDGs.

Penyediaan Ruang SDGs dan Mural baharu ini merupakan sebahagian usaha life long learning dan SDG 4 - Kualiti Pendidikan yang lebih inklusif dan menarik minat anak-anak untuk hadir ke sekolah untuk menikmati sistem pembelajaran formal. Syabas dan Terima Kasih kepada semua pihak dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.