YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT mewakili Menteri KPKT, YB KM telah menyempurnakan pembukaan Komuniti Hab kelima di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, Kuala Lumpur pada hari ini.
Projek Komuniti Hab adalah usaha dan inisiatif MADANI dengan memberi penekanan khusus kepada komuniti B40. Sehingga kini, KPKT melalui inisiatif yang dikendalikan oleh URBANICE Malaysia telah membangunkan lima (5) buah Komuniti Hab iaitu di Kepong, Kuala Lumpur ; Ampang, Selangor; Durian Tunggal Melaka; Buntong, Ipoh dan yang terbaru di Batu Muda, Sentul, Kuala Lumpur.
Pembangunan kesemua Komuniti Hub ini telah memberi manfaat kepada hampir 20,000 penduduk hasil daripada program-program kesejahteraan yang telah dijalankan.
Menurut YBhg. Datuk Wira KSU KPKT, Komuniti Hab ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi ‘Ruang’ yang menghubungkan komuniti yang tinggal di kejiranan yang sama, bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang memupuk budaya hidup sihat dan mampu mengurangkan tekanan hidup di bandar yang semakin mencabar.