Mesyuarat Kick-Off: Penyediaan SDG Roadmap dan Voluntary Local Review (VLR) 2025
PUTRAJAYA, 13 Januari2025 - Mesyuarat pada hari ini menandakan permulaan gerak kerja secara rasmi dalam penyediaan SDG Roadmap dan Voluntary Local Review (VLR) bagi tahun 2025di bawah Rolling Plan 5 (RP5), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Sebanyak 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yang terdiri daripada 7 Majlis Perbandaran dan 7Majlis Daerah, telah dipilih untuk menyediakan pelaporan ini bagi memperkukuh penyetempatan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, dan dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan serta wakil agensi berikut:
1. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan & Perancangan Strategik), KPKT
2. Puan Rizawati binti Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kemampanan Bandar, KPKT
3. Tuan Mohd Hafiz Sharif, Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi
Sebagai Ketua Penyelaras dan Keurusetiaan Malaysia SDG Cities serta Voluntary Local Review(VLR) Pihak Berkuasa Tempatan, TPr Ts Norliza Hashim telah membentangkan kemajuan VLR dan perancangan strategik bagi tahun 2025.
Mesyuarat ini menggambarkan komitmen teguh dalam menggerakkan agenda pembangunan mampan melalui penyelarasan yang kukuh antara agensi kerajaan dan PBT, selari dengan aspirasi pembangunan mampan negara.
#malaysiasdgcities #sdglocalization