Pelancaran Pejabat UN-Habitat Malaysia & Platform AP-UAP

URBANICE Malaysia terajui hab kemampanan bandar Asia Pasifik.

Published: 

December 9, 2024

Location

Date

Dec 2
 - 
 
2024
Register

Pelancaran Pejabat UN-Habitat Malaysia & Platform AP-UAP

URBANICE Malaysia terajui hab kemampanan bandar Asia Pasifik.

Pelancaran Pejabat UN-Habitat Malaysia & Platform AP-UAP

MAJLIS PELANCARAN PEJABAT UN-HABITAT MALAYSIA & ASIA-PACIFIC URBAN AGENDA PLATFORM (AP-UAP) SEMPENA JELAJAH SENTUHAN KEJAYAAN MADANI KPKT 2024

2 Disember 2024, Kuala Lumpur - Hari ini merupakan sidang media ke-2 dalam siri Sentuhan Kejayaan Madani Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2024. YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT berkongsi satu lagi pencapaian di bawah pihak kementerian melalui URBANICE Malaysia, iaitu penubuhan Pejabat UN-Habitat Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan Asia-Pacific Urban Agenda Platform (AP-UAP).

Pejabat ini akan menjadi pusat tumpuan serantau (focal point) yang berfungsi sebagai penghubung utama kepada UN-Habitat dan rakan kongsi dalam menyokong inisiatif kemampanan bandar di rantau Asia Pasifik.

Platform AP-UAP akan menjadi hab pelaporan kemajuan pelaksanaan NUA untuk negara-negara anggota di rantau ini yang disediakan setiap empat tahun dan berfungsi sebagai pusat sumber, latihan dan pembinaan kapasiti bagi pembangunan bandar yang mampan.

Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mengemukakan laporan NUA pada tahun 2022, dan laporan kedua Malaysia akan dihantar pada tahun 2025.

Pengurusan pejabat ini akan diselia oleh kementerian melalui URBANICE Malaysia dengan sokongan daripada Sekretariat UN-Habitat. Dalam pada itu, sekretariat tersebut akan diwakili oleh Multi Country Programme Office di Bangkok, Thailand, dan Regional Office for Asia and the Pacific di Fukuoka, Jepun.

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.