Penyerahan Mock Cheque KLCCBEA untuk Ruang Komuniti Sri Tioman

URBANICE Malaysia terima RM24,125 daripada KLCCBEA untuk pembangunan Ruang Komuniti di Sri Tioman, serta menandatangani perjanjian penganjuran tiga acara ASEAN pada Ogos 2025.

Published: 

April 10, 2025

Location

Date

Jan 16
 - 
 
2025
Register

Penyerahan Mock Cheque KLCCBEA untuk Ruang Komuniti Sri Tioman

URBANICE Malaysia terima RM24,125 daripada KLCCBEA untuk pembangunan Ruang Komuniti di Sri Tioman, serta menandatangani perjanjian penganjuran tiga acara ASEAN pada Ogos 2025.

Penyerahan Mock Cheque KLCCBEA untuk Ruang Komuniti Sri Tioman

Sesi Penyerahan Mock Cheque kepada URBANICE Malaysia untuk pembinaan Ruang Komuniti di Pangsapuri Sri Tioman, Kuala Lumpur bagi inisiatif projek mampan di bawah  Kuala Lumpur Convention Centre Business Events Alliance (KLCCBEA) - Sustainable Precint.

URBANICE Malaysia telah menerima Mock Cheque, wang hasil koleksi bersama daripada KLCC, KL Convention Centre, Mandarin Oriental KL, Traders Hotels, Impiana Hotel KL, Suria KLCC, The Everly Putrajaya dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside berjumlah RM24,125.00 bagi tujuan ubah suai ruang pasif sedia ada kepada Ruang Komuniti.

Sesi penyerahan inidisampaikan oleh Mr John Burke, General Manager KL Convention Centre kepada TPrTs. Norliza Hashim, Ketua Eksekutif URBANICE Malaysia. Pada sesi ini juga,turut diadakan sesi menandatangani perjanjian penganjuran acara ASEAN di Kuala LumpurConvention Centre.

URBANICE Malaysia telahdiberikan mandat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)sebagai lead agency dalam menguruskan tiga (3) acara ASEAN KPKT iaitu  ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF),ASEAN Governors And Mayors Forum (AGMF) Dan Meeting Of Governors And Mayors OfASEAN Capitals (MGMAC) pada 10-15 Ogos 2025 yang akan melibatkan lebih 8,000peserta daripada 10 bandaraya ASEAN dan juga lebih 500 bandar lain di ASEAN.

@klccconventioncentre

Kuala Lumpur serta DBKLturut terlibat selaku tuan rumah dalam penganjuran kali ini bersama KPKT, ASEANSekretariat, UN Habitat dan UCLG.

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.