Program Sektor Korporat SDG & ESG.
Majlis Ringkas Penyerahan Ruang Komuniti (RuKom) Perumahan Awan (PA) Sri Tioman 1 oleh KualaLumpur Convention Centre Business Events Alliance (KLCCBEA) - Sustainable Precint kepada Persatuan Penduduk (PPPAST1).
URBANICE Malaysia telah berjaya menyiapkan RuKom yang merupakan inisiatif kolaborasi bersama daripada KLCC, KL Convention Centre, Mandarin Oriental KL, Traders Hotels, Impiana Hotel KL, Suria KLCC, The Everly Putrajaya dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Transformasi ruang yang dikenali Third-Space RuKom, yang dibangunkan oleh URBANICE Malaysia, adalah ruang inovatif yang direka untuk memberi peluang kepada komuniti yang inklusif untuk berhubung, berkolaborasi, dan jalinan muhibbah.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik kerana telah sertai kami dalam usaha melengkapkan100 Ruang Komuniti di PA/PPR seluruh Malaysia, untuk membina masa depan yang lebih sejahtera, inklusif, dan mampan!