Ranau Terima Pelan Tindakan Iklim Bandar Pasca Gempa 2015

Ranau terima PTIB bagi memperkukuh daya tahan komuniti pasca gempa bumi 2015, melalui pendekatan holistik pengurusan iklim, karbon, dan bencana, disediakan oleh URBANICE Malaysia dan Kementerian Ekonomi.

Published: 

April 10, 2025

Location

Date

Feb 23
 - 
 
2025
Register

Ranau Terima Pelan Tindakan Iklim Bandar Pasca Gempa 2015

Ranau terima PTIB bagi memperkukuh daya tahan komuniti pasca gempa bumi 2015, melalui pendekatan holistik pengurusan iklim, karbon, dan bencana, disediakan oleh URBANICE Malaysia dan Kementerian Ekonomi.

Ranau Terima Pelan Tindakan Iklim Bandar Pasca Gempa 2015

Tragedi Gempa Bumi 2015 di Ranau Membentuk Komuniti yang Berdaya Tahan & Kesiapsiagaan Pada Hari ini.

Pejabat Daerah Ranau& Majlis Daerah Ranau (MDR) merupakan salah satu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & Pejabat Daerah di Malaysia yang menerima Pelan Tindakan Iklim Bandar (PTIB) dalam sesi pembentangan dan penyerahan Laporan Teknikal serta Laporan Akhir kepada YBrs. Tuan Tinus bin Manggam, Pegawai Daerah Ranau & YBrs Tuan Elmer Endra Satori (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau).

PTIB ini telah berjaya disediakan dalam tempoh 11 bulan melalui peruntukan kewangan dalam Rolling PlanKe-4, RMK12 oleh Kementerian Ekonomi, yang disalurkan kepada URBANICE Malaysia.

YBrs. Dr. Haji Mohd Rizal bin Osman, Ketua Pegawai Operasi URBANICE Malaysia, selaku rakan strategik MDR, telah memberikan taklimat komprehensif mengenai PTIB. Beliau menekankan kepentingan pendekatan holistik yang merangkumi pengurusan karbon,adaptasi iklim, dan penyertaan aktif komuniti dalam usaha mengurus risiko bencana alam, khususnya gempa bumi, dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Majlis taklimat danpenyerahan ini turut disokong oleh Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, KetuaBalai Bomba serta pegawai-pegawai teras dari agensi yang terlibat dalammengurus bencana di Daerah Ranau.

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.