Ruang Komuniti di Blok A, PPR Tehel, Jasin, Melaka.
Pada 18 Mei 2024, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah melancarkan ruang komuniti terbaharu di PPR Tehel dalam siri jelajah ke negeri Melaka.
Berkonsepkan ‘Social Integration at Common Space’, ruang kongsi ini dengan tagline “Merapatkan Generasi, Membina Hubungan Komuniti melalui Ruang Kongsi Bersama”adalah bagi mencetuskan aktiviti sosial yang baik, selamat, memberikan peluang kepada penduduk yang berbeza latar belakang, kumpulan umur dan kaum untuk membina hubungan komuniti yang sihat dan kukuh seiring dengan matlamat Malaysia Madani. Ianya juga merupakan ruang selamat dan mesra kanak-kanak.
Sehinggakini, sebanyak 22 transformasi ruang bangunan kediaman PPR kepada Ruang Komuniti ini telah berjaya dilaksanakan oleh URBANICE Malaysia. Transformasi ini telah mencapai 6 Tonggak Dasar Membangun Malaysia MADANI dan sekurang-kurangnya 3 SDGs.
Adalah menjadi sasaran KPKT dan URBANICE Malaysia untuk menyediakan sekurang-kurangnya100 Ruang Komuniti PPR menjelang 2025.