Transformasi Ruang Mikro: Ruang Pembelajaran Minimalis untuk Pelajar Tahap 1 yang Lebih Fokus & Selesa di SK Sungai Pusu Gombak!
Bilik darjah minimalis bukan hanya sekadar ruang, tetapi ia adalah asas kepada fokus, ketenangan mental, dan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.
Sebagai Centre of Excellence (COE), apabila diberi tugas untuk merangka konsep Kelas Pemulihan bagi pelajar Tahap 1 yang lemah dalam menulis, membaca, dan
mengira, cabaran itu jelas terasa.
Namun, bersama pasukan, kami melakukan kajian untuk mencari solusi terbaik.
Hasilnya, kami mengenal pasti tiga komponen utama dalam reka bentuk ruang pembelajaran yang berkesan:
Ketiga-tiga elemen ini membantu pelajar lebih santai dalam menerima ilmu, sambil menggalakkan komunikasi dan kerjasama. *Kajian juga menunjukkan bahawa ruang yang teratur tanpa gangguan meningkatkan tumpuan dan memudahkan pemprosesan maklumat.*
Selain itu, suasana minimalis yang tenang memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi pelajar, membolehkan mereka berfikir dengan lebih jelas dan fokus terhadap pembelajaran.
Alhamdulillah, kami telah berjaya menyelesaikan ‘Transformasi Ruang Mikro’ yang kini siap untuk memberi impak positif kepada pelajar. Semoga pengalaman baru ini
memberi manfaat kepada mereka dan menjadikan perjalanan pembelajaran lebih bermakna untuk semua.
Selamat kembali kesekolah 2025, anak-anak!