URBANICE Malaysia Laksanakan Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsif Gender

Memastikan belanjawan inklusif melalui penyertaan rakyat tempatan dan PBT.

Published: 

October 22, 2024

Location

Date

Aug 15
 - 
 
2024
Register

URBANICE Malaysia Laksanakan Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsif Gender

Memastikan belanjawan inklusif melalui penyertaan rakyat tempatan dan PBT.

URBANICE Malaysia Laksanakan Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsif Gender

Kementerian Ekonomi telah memberi satu mandat kepada URBANICE Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan Kajian Bajet Bandar Mampan Dan Responsif Gender Melalui Penyertaan Rakyat Tempatan (GRPB). Kajian ini merupakan salah satu pendekatan bagi memastikan pengagihan belanjawan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan secara inovatif melalui penyertaan rakyat tempatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan gender.

URBANICE Malaysia telah memasuki peringkat ke-2 Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsive Gender Melalui Penyertaan Tempatan  ( GRPB) atau ‘Sustainable & Gender Responsive City Budgeting through Local Public Participatory’.

Kajian ini juga adalah usaha untuk mengatasi isu inklusiviti, ketidaksamaan dan tidak efisien dalam pengurusan belanjawan di peringkat tempatan supaya proses ini dapat diinstitusikan dan menjadi amalan terbaik semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia. Kajian kes melibatkan lima (5) PBT termasuklah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sarawak , Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang , Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka, Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kajian ini di Ketuai oleh Dr Haji Mohd Rizal bin Osman, Ketua Pegawai Operasi URBANICE bersama Dato’ Ong Bee Leng, CEO of Penang Women Development Corporations serta beberapa orang dilantik sebagai Input Pakar.

#sdg5genderequality

#GRPB

#profilbandar

#bajetcycle

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.