URBANICE Malaysia Rekabentuk Hentian Bas Berkonsepkan ‘Climatic Response Design’

Hentian bas mesra alam, selesa, dan cekap tenaga di Lembah Klang.

Published: 

October 22, 2024

Location

Kuala Lumpur

Date

Aug 27
 - 
 
2024
Register

URBANICE Malaysia Rekabentuk Hentian Bas Berkonsepkan ‘Climatic Response Design’

Hentian bas mesra alam, selesa, dan cekap tenaga di Lembah Klang.

URBANICE Malaysia Rekabentuk Hentian Bas Berkonsepkan ‘Climatic Response Design’

URBANICE Malaysia telah merekabentuk Hentian Bas atau Bus Stop berkonsepkan ‘Climatic Response Design’ iaitu pendekatan dalam perancangan dan rekabentuk bangunan yang mengambil kira faktor iklim dan kondisi cuaca setempat untuk mencipta persekitaran yang selesa dan mampan. Rekabentuk Hentian Bas ini mengoptimalkan elemen-elemen semula jadi seperti pencahayaan, pengudaraan, air hujan dan pengawalan suhu secara pasif melalui ruang, ciri-ciri universal design dan tenaga yang efisyen.

Rekabentuk ini telahpun diluluskan dan digunakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), KPKT untuk dibangunkan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut lokasi terpilih bermula pada tahun 2024.

Pada ketika ini, beberapa lokasi di PBT lembah klang telah siap dan dalam pembinaan. Sehingga tahun 2025, lebih 300 buah hentian bas yang baharu akan menerapkan konsep rekabentuk ini.  

Design Audit telah dijalankan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Prasarana Malaysia Berhad bersama URBANICE Malaysia dan 6 PBT yang akan menyediakan kemudahan Hentian Bas baharu ini iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL), Majlis Bandaraya Subang Jaya ( MBSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Audit ini melibatkan semakan spesifikasi kepada pembinaan fasiliti mesra OKU supaya dapat mengikut garis panduan yang betul serta selamat digunakan oleh semua golongan.

Bagi memastikan keseluruhan fasiliti Hentian Bas ini dapat berfungsi dengan baik, pihak KPKT memandang serius agar kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat memenuhi kehendak penduduk setempat dan dijadikan ‘standard benchmarking’ kepada kawasan PBT yang lain.

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.